Ahad, 29 September 2013

CarotoMax Shaklee dapat mengatasi masalah mata


Mesti gojes2 jarang dengar atau baca tentang CarotoMax. Produk ini kurang mendapat perhatian seperti produk2 Shaklee yang lain mungkin disebabkan CarotoMax tidak terdapat dalam set-set terkenal seperti set  kehamilan dan set kesuburan.  CarotoMax mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti oksida seperti rumpai laut, tomato, anggur, pot marigold, epal, strawberi, minyak sawit, Fava D anta, brokoli, ubi kentang, cantaloupe dan karot. Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta carotena di dalam darah seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

CarotoMax merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. 

Bahkan, gojes tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.




Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan:
  • Alpha carotene sama dengan 89 porsi Raspberi
  • Beta carotene Sama dengan 102 porsi Pisang
  • Lycopene sama dengan 714 porsi Aprikot
  • Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink grapefruit



  • Alpha carotene - Untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan.
  • Beta carotene - Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. Mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.
  • Lycopene - Bersifat anti oksidan, mengahalang penuaan organ. Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun. Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.
  • Astaxanthin - Pigmen di dalam alga & fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon. Walaubagaimanapun, shaklee menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yg asli dan tulen. Melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL.
  • Lutein - Menyekat katarak, AMD (Age related macular disease / penyakit makular berkaitan umur) glaukoma
  • Zeaxanthin - Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya, mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari, endometrial dan serviks

Fungsi Beta-Karoten:

1. Bantu pertumbuhan dan memulih sel-sel badan.
2. Kekalkan penglihatan malam – rabun malam.
3. Kekalkan kesihatan kulit dan selaput membran seluruh badan – mata hitam, penghadaman
4. Bertindak sebagai antioksidan, cegah kanser.
5. Menyokong fungsi kuatkan sistem pertahanan badan,
6. Bantu cegah masalah asma, dan paru-paru.
7. Bantu cegah pembentukan ketumbuhan ‘tumor’
8. Menyokong fungsi pertumbuhan dan pembiakan.

Khasiat Beta-Karoten:
1. Awet muda
2. Rabun malam
3. Gastrik
4. Masalah kulit
5. Lelah
6. Jeragat


Kenapa kita memerlukan Vitamin A @ CarotoMax ini?
CarotoMax (vitamin A)  ini secara umumnya boleh membantu:-
  • kesihatan retina mata → mengurangkan rabun
  • kesihatan tulang
  • kesihatan tisu kulit
  • pembentukan sel darah putih dan sel darah merah
  • pembentukan membran mukus
  • mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat
Dengan kehadiran vitamin A, dapat membantu meningkatkan kesihatan tisu kulit dan membran mukus badan kita yang mana kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit dari luar. Selain daripada itu, vitamin A juga membantu dalam pembentukan sel darah putih yang turut membantu memberi pertahanan dalam badan dari jangkitan sebarang penyakit yang tidak diiingini.

Vitamin A terdiri dari dua jenis iaitu Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian atau pun Provitamin A dikenali juga sebagai carotenoids (the safest way to take Vitamin A) yang akan ditukarkan kepada Vitamin A bila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan.

Perlu diingatkan, Vitamin A  tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati. Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan.

Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan.

Siapa yang perlukan CarotoMax
  • Semua peringkat umur yang inginkan kesihatan menyeluruh
  • Kanak-kanak (12 tahun ke atas), remaja, atau pun orang dewasa yang tidak sempat/mampu mengamalkan diet seimbang
  • Mereka yang tidak dapat mengambil jumlah hidangan buah-buahan dan sayuran yang secukupnya setiap hari dan terdedah kepada ancaman radikal bebas. 
AMARAN!
Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.

Mama Amiza (945658)
0176653065


 



Khamis, 26 September 2013

DTX untuk kesihatan hati anda




Mungkin jarang kita mendengar nama DTX Complex Shaklee ini di sebut-sebut, kerana, kita sering mengaitkan supplemen untuk perkara-perkara yang sering berkaitan dengan kehidupan seharian kita sahaja. DTX Complex Shaklee tergolong dalam kumpulan sebagai supplemen cadangan untuk kesihatan hati.

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya serangan jantung akan merosotkan otot atau organ jantung. Tetapi serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki.

Perbezaan DTX Shaklee
  • Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
  • DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.
  • Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawa Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)
 Formulasi yang dipatenkan untuk DTX Complex

1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)
  • Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida
  • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
  • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema
2. Articok (Artichoke)
  • Membina semula sel-sel hati
  • Merangsang pengaliran hempedu
3. Dandelion
  • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundice
  • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
  • Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
  • Melawan tumor dan kanser
  • Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air
4. Kunyit
  • Mengandungi curcumin : bahan anti-oksida
  • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
  • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV
5. Reishi Mushrooms (Ling Zhi)
  • Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser
  • Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
  • Merawat sindrom keletihan yang kronik
  • Membantu mencegah penyakit jantung
6. Schizandra
  • Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
  • Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin

 
Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:

1. Rembesan Hempedu
  • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
  • Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
  • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
  • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
  • Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
  • Hati mengawal metabolism protein
  • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
  • Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
  • Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
  • Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
  • Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
  • Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
  • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
  • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
  • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting untuk metabolisme Lemak
  • Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

 Hubungi saya untuk mendapat konsultasi percuma & membuat pesanan 

Mama amiza(945658)
SMS/Wassap/WeChat
0176653065





 



Rabu, 25 September 2013

Kehebatan Shaklee Collagen Powder




Semakin kita meningkat usia, tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah satu-satunya faktor penyebab kekurangan kolagen dalam badan kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain, justeru itu, Shaklee Collagen Powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.

Antara Manfaat Shaklee Collagen Powder
  • Collagen bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula
  • kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat
  • Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
  • Membantu menghilangkan tanda penuaan. 
  • Collagen adalah sama penting untuk tulang, seperti juga tulang perlukan kalsium. Collagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan menjadi rapuh
  • Collagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi
  • Baik untuk mata. Kornea memerlukan collagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
  • Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh collagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak kita mendapat manfaat collagen agar minda kita tetap berkeadaan baik walaupun usia semakin meningkat
Tujuh ramuan utama termasuk ekstark biji Camelia japonica, kolagen ikan, ekstark kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B digabungkan untuk mempertingkatkan kebersanan collagen RSS dan menyokong kecantikan gojes dari dalam.
  • Collagen dari sisik ikan merah - Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan. 


  • Ekstrak biji camellia japonica - Terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembab kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.
  • Ekstrak Pfaffia - Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilla Japonica, membantu formasi collagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luarbiasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembab dan licin.
  • Elastin Dari Collagen Ikan - Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan collagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.
  • Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan penghasilan collagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan collagen di dalam sel.
  • Ekstrak kekerang - Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
  • Lactobacillus acidophilus - Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan collagen.


 Terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.
  • Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
  • Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
  • Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
  • Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
  • Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
  • Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
  • Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
  • Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan
  • Faedah tambahan :: menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang.Membantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut.



 Jomlah try collagen shaklee untuk kesan awet muda. Leh dapat harga istimewa dari mama.

Mama Amiza (945658)
0176653065




 

Vivix (satu penemuan revolusionari dalam anti-penuaan pada tahap sellular)



Rahsia Kejelitaan Ayu Raudhah?? Hebatkan VIVIX ni. Terbaru dengar citer Mizz Nina pun tengah amalkan vivix ni. 

Produk ni baru diperkenalkan Shaklee sebagai suplemen revolusionari anti-penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap selular. 

Vivix ni merupakan suplemen anti penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat No.1 Suplemen Makanan di Amerika.
 
Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap selular.

4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Selular
  • Kerosakan DNA - Setiap hari setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan2 ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu typo (kesilapan dari yg asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki selular DNA.
  • Pengawalan Genetik - pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap selular. Didalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan selular.
  • Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-sel - Mitochodria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochodria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochodria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.
  • Penimbunan Protein AGE - Penimbunan berlebihan protein AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur 'muscadine') untuk melambatkan pembentukan protin AGE.
  • Juga membantu menjaga/memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap selular, kesihatan dan kesejahteraan.

RAMUAN SEMULAJADI VIVIX

Siapa yang memerlukan Vivix? 
Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan. Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.

Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh

KEISTIMEWAAN VIVIX




  • Satu sudu teh Vivix mengandungi resveratrol yang bersamaan dengan 3000 gelas wain merah...pastinya alternatif terbaik bagi muslim
  • 2500 kajian diterbitkan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam Vivix
  • Bahan yang digunakan mempunyai potensi lebih 10 kali ganda dari resveratrol semata-mata dalam memperlahankan penuaan sel
  • Mempunyai lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins yakni antioksidan semulajadi
  • Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi tanpa pewarna tiruan, pemanis, perasa, alkohol dan pengawet
  • Semestinya halal dan mendapat kelulusan KKM
  • Dipatenkan eksklusif untuk Shaklee.
 
Untuk pertanyaan lebih lanjut hubungi saya
Mama Amiza (945658)
0176653065
 



Selasa, 24 September 2013

Chinch Shake Minuman Kurus Yang Sangat Lazat


Selamat pagi. Pagi2 ni gojes2 dah sarapan apa yer?? Nasi Lemak?? Roti Canai??? Alamak!! Jangan amalkan selalu yer.. Waktu muda macam sekarang ni mungkin kita tak nampak kesannya. Tunggulah 40 ke atas nanti.

Pagi ni mama dah sarapan dengan Chinch Latte + Esp. Alhamdulillah. Cukup mengenyangkan. Lazat plak tu. Mama ni sedang dalam usaha menurunkan berat badan. Tercabar dengan Atif Rizqi yang hanya boleh kurus dengan hanya pengambilan Omega Guard saja. Atif boleh tak kan mama dia tak boleh kan??

Apa yang bestnya Chinch Shake ni yer. Ops sebelum tu mama nak bagitau Chinch Shake ni didatangkan dalam 3 perisa yang lazat iaitu Chocolate, Vanilla dan Latte. Ketiga2nya mama dah cuba. Lazat banget.

 Setiap kali mama minum Shaklee Chinch ni, mama akan dapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut Dicadangkan diambil bersama dengan 1 sudu Shaklee Energising Soy Protein (ESP). Ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot. Dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Dengan makan makanan yang kaya protein, mama dapat menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. 

Pada kebanyakan diet, kita akan kehilangan lemak dan otot. Apabila kita kehilangan otot, kita kehilangan keupayaan untuk membakar lemak, dan merendahkan kadar metabolisma.
Apabila kita tidak meneruskan lagi diet tersebut, kita tidak boleh membakar kalori seperti kita lakukan sebelum ini. Sebaliknya, berat badan kita akan bertambah berat. Kitaran ini akan berulang setiap kali kita meneruskan diet.
Selain dari tak control makan, dan tak senaman, sememangnya diet kita akan gagal. Oklah, gojes kata gojes dah tak makan nasi, tengah hari tak makan, cuba berlapar. Ada yang berjaya turun dalam 2-3 kg, tapi oklah lepastu nak makan nasi sebab terasa nikmat, tengok -tengok bila tak terjaga, berat mula naik kembali mendadak . Kenapa diet berlapar ni tak jadi ? Ok inilah satu kesan yang di panggil yoyo effect. Masalah yang berlaku di sini ialah, bila kita kurang makan, kita bukannya membuang lemak, tapi apa yang berlaku, jisim otot kita menjadi lemah dan berkurangan, jadi yang hilang berat tu cumalah otot kita sahaja. Bila kita start makan balik, yang bertambah cumalah lemak. Di sini kita perlu tahu, otot sangat penting untuk menguatkan metabolisme yang mampu membakar lemak.





FAEDAH UTAMA CHINCH SHAKLEE
Memberi faedah seperti mengambil makanan, tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut

  • Indeks glisemik - 22; sesuai untuk penghidap kencing manis
  • Dengan Chinch Pro, campuran eksklusif protein dipertingkatkan dengan leucine - asid amino
  • Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.
  • 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang
  • Tinggi kandungan serat - 6gram serat setiap hidangan
  • Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  • Penggunaan soya bebas GMO
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis

Apa Itu Leucine ?

Leucine ini adalah salah satu sumber protein, yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ni ialah, dia akan mengekalkan kekuatan otot kita, selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita senaman membasuh kereta ataupun mengejar biawak. Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot, dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan, dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme, dan seterusnya membakar lemak  yang ada. Jadi, pentingnya Cinch Shake ini ialah kandungan Leucine protein yang bagus untuk orang yang berdiet.

Beza Cinch dengan ESP

Produk protein yang popular selain Cinch ialah Energizing Soy Protein (ESP), yang memang sesuai dijadikan sumber protein, yang banyak khasiat dan kelebihannya. Antara beza yang ketara ialah kandungan multivitamin yang lebih banyak terdapat di dalam Cinch berbanding ESP. Mengikut pakar Shaklee, Cinch memang direka khas untuk kuruskan badan. Walaubagaimanapun, ESP juga berkesan untuk kuruskan badan. Di dalam Cinch, kandungan Leucine dirahsiakan, sebagai satu paten khas Shaklee, supaya formula kandungan Leucine tidak dapat ditiru oleh syarikat lain.
 
Antara testimoni2 yang berjaya. Selepas ni mama plak akan menyusul
 



 
Ingin kurus dan sihat dengan Chinc Shaklee??
Jom dapatkan harga istimewa dari saya. Harga kiter2 je
 
Mama Amiza(945658)
SMS / WasSap / WeChat
0176653065

 
 
 

Kebaikan Lecithin Shaklee

Lecithin sinonim dengan gojes2 yang ingin menurunkan berat badan. Lecithin dinamakan  pengelmulsi semulajadi  kerana ianya mempunyai kesan melekat pada lemak. Dalam kata ringkasnya lecithin akan menyebabkan lemak terapung di dalam darah seterusnya mencegah lemak dari melekat ke dinding mebran.




Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan .. contoh buat kek…yg basic tu mcm tepung gula telur..kalo dak..tak jadi kek tu..haa gitulah.Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans …dan tahukah gojes ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin…dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO.























Manfaat Utama Lecithin Shaklee
  • Menyerap vitamin yang larut lemak - Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A,D,E dan K yang larut lemak
  • Melindungi hati - Menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati
  • Pemecahan lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai  pembersih salur darah, pengambilan tambahan membantu mengelmulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.
  • Pelangsingan - Menghalang obesity. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang
  • Mencantikkan otot dan kulit - Membentuk membran sel, melembabkan dan meghaluskan kulit, untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi - Menghalang platelat darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah, seterusnya memperbaiki alergi seperti penyakit kulit - dermatitis dan demam alergi.
  • Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol. Lecithin mengelmulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - Mengandungi kolina yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, mengahalang Alzheimer dan meringankan stre. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin
  • Menghalang Tekanan Darah Tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi  dengan menghalang arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah
  • Memperbaiki prostat lelaki - Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.
  • Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.

Berapa lama makan lecithin shaklee boleh kurus?

Soalan yang sering diajukan oleh ramai orang. Berapa lama makan lecithin berat boleh turun. Berat turun ni subjektif. Mengikut kadar metabolisme masing-masing. Ada yang sebulan boleh turun 4kg, ada yang 1kg. Ikut badan masing-masing. Jangan stress kalau ada orang turun banyak anda turun sikit. Bahaya jugak kalau turun banyak secara mendadak dan masa yang singkat.

Cadangan Pengambilan
Untuk pemeliharaan kesihatan: 2kali sehari, 3 kapsul setiap kali ( sebelum atau selepas makan)
Untuk pelangsingan, tekanan darah tinggi, pemecahan lemak: 2-3kali sehari, 6 kapsul setiap kali

Ingin kurus secara sihat?? Dapatkan harga kawan2 dari mama

Mama Amiza(945658)
0176653065


Isnin, 23 September 2013

B Complex Shaklee


Mama tahu ramai gojes2 di luar beranggapan b.complex hanya sesuai untuk ibu-ibu mengandung atau individu yang ingin tambah berat badan ja kan?? Tak lah.. Banyak fungsi utama b.complex ni sebenarnya



  • Menukar makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  • Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelumumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.
  • Mencegah Anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, lemah semangat, keletihan, maigrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai rekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah dan nafas berbau
  • Detoksfikasi - meredakan alahan
Bagaimana memilih b-complex yang baik
  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil dalam masa yang sama)
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  4. Elakkan pengambilan b-complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain release)
Mama terperasan satu perkara bila mama consume b-complex ni. Urin mama akan jadi kekuningan. Ini adalah kerana b-complex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke masa.

B-complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih yang banyak adalah sangat digalakkan.

Cadangan pengambilan
Untuk kesihatan berpanjangan: 1 biji sehari (lepas makan)
Untuk rambut gugur, anemia dan kesakitan: 2-3 kali sehari , 1 biji setiap kali

berminat?? hubungi mama segera. mama kasi harga kite-kite jer
Mama Amiza (945658)
0176653065